Saturday, July 1, 2017

Hari Raya

ASSALAMUALAIKUM

Dah masuk seminggu dah.. Dan.. aida masih mood cuti. ngeh3. Cuti sampai hari isnin. Nak cerita pasal raya je ni haaa. :D Well, tahun ni seperti biasa la.. Sambut raya sederhana je. Raya pertama, ziarah kubur Tok Wan di Sempering, Perlis dan kubur Mak Tok di Kaki Bukit, Perlis. 

Lepas tu, tunggu abang-abang aida balik.. Bawak anak bini depa sama. haaa.. Kiranya time tengahari tu sibuk sediakan kuih raya, buat air siap-siap untuk tetamu. Takde la kalut sangat bila tetamu datang.. Lepas tu, tolong my mum masak. Menu untuk keluarga pula, tahun ni special sikit.. Biasanya masak menu nasi tomato, ayam masak merah, kerabu timun dan daging masak kicap. Tahun ni, ayam masak merah tak buat.. Tukar sikit menu ayam masak ros pulak. hihi. Saja la tukar menu pulak.. ;D

Habis je masak, tunggu abang2 aida balik.. Makan-makan dulu. Lepas tu sesi bersalaman dengan abah dan mama. Saudara-mara pun ada datang rumah...  Diorang datang dalam pukul 5 petang.  berkumpul ramai-ramai dan... macam biasa la sesi tangkap gambar !

Kalau tahun lepas, tema baju raya warna turqoise.. tahun ni warna merah!

Masuk raya kedua, baru la nak keluar dengan family  pi rumah saudara mara pulak..  kat perlis jugak. haha. tak jauh mana pun. :D

Masuk raya ketiga, tak pergi mana. stay kat rumah je pun.. Lepak sambil makan kuih raya my mum. haha! Yang paling best banyak drama raya yang best boleh layan. sampai tak terlayan! haha. 

Ada cerita sedih ni. huhu. Malam tu pulak, aida keluar pi makan.. Elok balik je rumah.. baru sedar handphone hilang! Habis cari satu rumah.. tak jumpa pun hp aida! Lepas tu ajak abang aida teman pi cari tempat kedai makan tu pun, orang tu kata tak ada. T_T Dalam kereta pun dah check banyak kali. Takde jugakkk.. 

Esok awal pagi tu, cari lagi sekali kat dalam rumah dan dalam kereta.. Memang sah! Hp aida memang hilang, Tercicir kat mana tak tahu la. Time tu jugak la keluar, terpaksa beli hp lain.. Lepas tu kena pi Digi Centre, minta dia block no hp aida yang hilang tu. 

Apa boleh buat kan? Dah benda nak jadi dah.. hmm.. Dugaan time raya.

Raya kelima,  sambung beraya lagi.. Kali ni beraya di rumah saudara-mara kat Alor Setar pula. Semalam? tak pergi mana dah.. Dok kat rumah je... Sambung layan drama raya. :p Malam semalam, abang ngah datang rumah bawa anak saudara sama, ajak aida dengan parent  aida celebrate birthday my mum kat luar. Sebenarnya birthday my mum 14 jun, kena pulak time puasa kan.. Abang aida pulak tak boleh balik time tu...

Petang ni kot insyaAllah sambung beraya  kat rumah Tok Ndak..
 

So, itu je la sambutan raya aida tahun ni haaa.. 


 Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Dan Batin.

Ok bye!

-Aida Azryn-

Friday, June 30, 2017

All Nighter Spray Urban Decay

ASSALAMUALAIKUM

Sambungan entri yang lepas.. Ada satu lagi barang yang aida beli tak share kat sini.. Nak tahu apa? ;)



Long Lasting Makeup Setting Spray ni untuk kegunaan selepas kita selesai mekap.. So untuk kekalkan mekap kita ni still helokkk, kita gunakan spray ni. Dah banyak kali guna dah spray ni. Result? Mekap aida still okay.. Tahan lama. haaaa. ;)

Beli kat Sephora online! Lepas tu dapat free sample foundation brand sephora tu.. dapat 2 sample,  foundation soft beige dan petal. Yang bestnya bila korang daftar jadi ahli/membership sephora online, sesambil korang shopping barang mekap.. korang boleh kumpul point.  Dan point tu, korang boleh tebus barang mekap!

Macam aida, tolak 100 point itu hari.. Dapat mini Lip Paint Rose jenama Tarte. Lawa warna lip tu, warna light2 giteeewww..


Time ni, aida pakai lip paint tu.. Nice kan?  warna tak terang..  Plus tahan lama..  ;)


Okay bye!


-Aida Azryn-