Sunday, February 18, 2018

Bengkel @ Johor

ASSALAMUALAIKUM

27 November 2017 aida  pergi johor pasal ada bengkel berkaitan geopatial padi. So ni second time aida pergi ke sana. Sebelum ni pasal urusan peribadi. hihi. >_<  Dan yang kali kedua pasal ada urusan kerja.

@ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

 Aida pergi sana 4 hari 3 malam.  Hari terakhir sebelum nak balik ke Perlis.. ada lawatan ke Projek Tauhu Sumedang dan Projek Makanan Produk Sejuk Beku. 

Projek Tauhu Sumedang


Mini Murtabak
*Projek Makanan Produk  Sejuk Beku

Siap hidang sekali mini murtabak dengan laksa johor lagi.. Sodappppp! ;)


Okay bye!

SMS: Sehari sebelum nak balik perlis, sempat lagi singgah Johor Premium Outlet. :D

Tata!

Sunday, August 13, 2017

Bengkel @ Raub, Pahang

ASSALAMUALAIKUM


Hari selasa baru-baru ni, aida kena pi Raub, Pahang.. atas urusan kerja. Ada perbincangan geopatial buah. So bermalam kat sana 2 malam kat hotel di Raub, Pahang. 

Hari pertama sampai sana dalam pukul 6.00 petang..  Makan malam pun dekat-dekat situ je.  Hari kedua, start bengkel. Semua wakil negeri ada.... Kami dibahagikan group sebab keesokkan hari tu, kitorang kena pergi kawasan dusun buah. Ada la latihan amali kat sana.  Kena bawa GPS dan Laptop.

Hari ketiga, lepas kitorang pergi dusun buah. Terus balik ke PLP, Raub Pahang. Sebab kena siapkan slideshow untuk perbentangan. 



Dan memandangkan aida wakil untuk M&E iaitu Bahagian Pemantauan Dan Penilaian. Dan bahagian tu adalah urusetia untuk setiap negeri.  So, aida yang kena bentangkan.




Tak sempat jenjalan mana pun. sebab hari kedua tu kena food poisoning. Asyik pergi tandas je.  So lepak kat hotel je la...  Nasib la masa hari perbentangan esok tu, perut tak buat hal.

But, untuk pengetahuan korang.. Ini first time aida sampai sana. Dah try makan tempoyak ikan patin. Tapi tu la... huhu.. Habis semua orang yang makan tempoyak ikan patin sakit perut.. Mungkin tukang masak masak terlalu awal? adeh.


Maaflah lama tak update blog.. Agak sibuk lately ni.. Minggu depan, hari selasa dan rabu kena pi PLP Telok Chengai, Kedah...

Nanti, ada masa.. aida update lagi ye.. 


Bye!

-Aida Azryn-