Sunday, May 14, 2017

Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah

ASSALAMUALAIKUM

Entri yang kedua untuk hari ni. Semangat nau update haaa. haha. 

Saja la nak kongsi dengan korang dua drama yang masih ditayangkan kat tv. Dua drama yang buat aida rasa nak sangat tengok Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah.


Sebab?


Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ni best, lagi-lagi sebab Alif Satar berlakon. Suka tengok lakonan dia. Since dia berlakon drama sebelum ni, drama Dia Semanis Honey.. Gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. Alahai sweet sangat diorang dalam drama tu. >_<"  Okay stop pasal drama yang dah lama habis episod. haha.


Al maklum la.. aida ni memang suka layan drama sweet2 ni. hihihi..  Tapi beza pulak dengan drama Di Sebalik Wajah, lakonan  Alif Aziz dan Diana Danielle. Drama misteri ni bestnya sebab setiap episod kita tertanya-tanya siapa Nadia (Lakonan Diana Dianelle) yang sebenarnya..  Apa kaitan Nadia dengan Ellysa? Sebab Nadia selalu nampak 'bayangan' Ellysa (lakonan Zarina Zainoordin) tu dengan Red (lakonan Hefny Sahad). Bila ingatan dia akan kembali pulih? Apa yang suami dia sembunyikan rahsia daripada dia?

Dia koma selepas kemalangan ngeri. Selepas dia sedar.. Dia tak ingat siapa diri dia.. Tambah pula, sampaikan sikap dia pun berubah... Tak sama macam sebelum dia kemalangan tu berlaku.
 
Haaa.. esok ada la sambungan episod 5. Pukul 9.00 malam kat hypptv.. Lepas tu, pukul 10 malam boleh sambung tengok drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati di Astro Ria. :D
 
 
 
 Dah tu je nak cerita. hihi. >_<" 

Sekian..

-Aida Azryn-

No comments: