Sunday, August 13, 2017

Bengkel @ Raub, Pahang

ASSALAMUALAIKUM


Hari selasa baru-baru ni, aida kena pi Raub, Pahang.. atas urusan kerja. Ada perbincangan geopatial buah. So bermalam kat sana 2 malam kat hotel di Raub, Pahang. 

Hari pertama sampai sana dalam pukul 6.00 petang..  Makan malam pun dekat-dekat situ je.  Hari kedua, start bengkel. Semua wakil negeri ada.... Kami dibahagikan group sebab keesokkan hari tu, kitorang kena pergi kawasan dusun buah. Ada la latihan amali kat sana.  Kena bawa GPS dan Laptop.

Hari ketiga, lepas kitorang pergi dusun buah. Terus balik ke PLP, Raub Pahang. Sebab kena siapkan slideshow untuk perbentangan. 



Dan memandangkan aida wakil untuk M&E iaitu Bahagian Pemantauan Dan Penilaian. Dan bahagian tu adalah urusetia untuk setiap negeri.  So, aida yang kena bentangkan.




Tak sempat jenjalan mana pun. sebab hari kedua tu kena food poisoning. Asyik pergi tandas je.  So lepak kat hotel je la...  Nasib la masa hari perbentangan esok tu, perut tak buat hal.

But, untuk pengetahuan korang.. Ini first time aida sampai sana. Dah try makan tempoyak ikan patin. Tapi tu la... huhu.. Habis semua orang yang makan tempoyak ikan patin sakit perut.. Mungkin tukang masak masak terlalu awal? adeh.


Maaflah lama tak update blog.. Agak sibuk lately ni.. Minggu depan, hari selasa dan rabu kena pi PLP Telok Chengai, Kedah...

Nanti, ada masa.. aida update lagi ye.. 


Bye!

-Aida Azryn-

Sunday, July 23, 2017

Dato' Seri Vida jadi penyanyi pula?

ASSALAMUALAIKUM

Aida rasa ramai dah tahu kan  viral lagu Dato Seri Vida baru-baru ni kan? haaaa.. Amacam best tak? haha. >___<

Lagu ni, kalau tak silap aida.. Edry Abdul Halim (KRU) yang buat lagu ni. Betulkan aida ye kalau salah. Tengok kat facebook, ada yang komen okay je.. ada yang kritik..
 

Tapi kalau bagi aida.. Okay je.. Lirik pun ringkas. Budak-budak pun boleh hafal haaa. :p Seronok gak layan lagu ni. Boleh hilang stress! Mungkin? Kbai! :p 

I AM ME - Dato Seri Vida 
 
I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Me
I Am Me
I Am Me
 

Macam biasa la... Dah viral ni.. Meletop mesti ada buat parody. Sapa lagi kalau bukan Jihan dan Bell Ngasri. haha!

Kalau nak tengok video parody meletop  lagu Dato' Seri Vida. Sila klik dibawah:-



Nama lagu asal,  I AM ME. Tapi di 'parody' kan jadi tajuk lagu  AYAM MEE. Haha. Macam-maca la depa ni. K. Mudah terhibur. ;D


Ok bye!

-Aida Azryn-

Saturday, July 22, 2017

Kursus @ Terengganu

ASSALAMUALAIKUM

Aida ada kursus hari Isnin sampai hari Khamis baru-baru ni. So bertolak hari ahad dalam pukul 9 pagi.. sampai kat PLPP Wilayah Timur Besut, Terengganu dalam pukul 5.00 petang. Penginapan disediakan cuma makan je la.. hari pertama tu, kena pandai-pandai la pi keluaq cari kedai makan kat luar.

Makan kat situ, diorang cuma sediakan bermula hari Isnin sampai hari Khamis je haa.. Tidur kat asrama sana je.  Kursus kali ni mengenai kursus GPS dan GIS. Hari Selasa tu, ada  la Hands On GPS kat luar.  Dapat la kenal dengan rakan baru dari Terengganu, Pahang, Perak.. 

Puan Ayu , Me, Encik Ahmad Dan Encik Idris
 Hands On GPS, Kumpulan 8. ;)


Habis kelas dalam pukul 4.30 petang hari selasa tu, dalam pukul 5 petang aida dengan  kawan keluar..  Dinner kat Wakaf Che Yeh, Kelantan. Gigih ye, cari makan kat kelantan..  :P  Bedal Tom Yam, Daging Masak Merah dan Telur Dadar. Lepas tu ada la rasa sikit sup ekor dan belut.  First time cuba ye makan sup belut! haha. >_<"

Last day, kena bentang mengenai yang kitorang buat masa hands on tu. Alhamdulillah semua selesai. Aida bertolak balik hari Khamis dalam pukul 1.30 tengahari. Dalam  perjalanan balik, aida singgah kat satu kedai  keropok. Beli keropok ikan, keropok losong.. 

 Bos aida kata, dia suruh try beli dodol ni. Yup, isi dalam daun buluh ni ada dodol ye. Sedap! Haih.. Silap tak beli 3 bungkus bawa balik. haha.   Satu bungkus harganya RM2 sahaja.


Okay bye!

-Aida Azryn-



5 Lagu Baru Terbaik

ASSALAMUALAIKUM

Hai! 3 lagu baru terbaik pilihan aida untuk kali ni. Kiranya dah jadi faveret lagu aida sekarang ni. Asyik dengar lagu depa ja haaa..

Memandangkan aida dah lama tak update blog. So, hari ni dapat idea nak share kat sini.. lagu-lagu baru yang aida dengar best! :D

1.

Irfan Haris - Pesan

Untuk pengetahuan korang, Irfan Haris ni adik kepada Amira Othman AF. Haaa.. Yang popular nyanyi lagu Jaga-Jaga tuuu. Lagu Ost Drama 'Abang Bomba, I Love You!'. 

Lirik Lagu Irfan Haris - Pesan
Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis


Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku


Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir


Doa doakan la aku
Disaat aku menghadapNya


Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu

Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...


Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu


Saat ku kirim cinta


Yang abadi...


whooo huooo.


Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir


Doa doakan la aku
Disaat aku menghadapNya


Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu


Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...
  
Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta


Yang abadi...


2. 

Khai Bahar - Luluh

First aida tahu pasal Khai Bahar dari Smule. Rajin juga dok dengar dia cover lagu kat smule.. :D  Then now dah jadi retis uolsss. hehe. Okay la.. Rezeki dia. Suara pun memang sedap. ;)

Lirik Lagu Khai Bahar - Luluh

Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa bertahan

Secebis kasih yang telah kau beri


Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan


Oh sakitnya hati ini


Jika kau tak mampu memberi ku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku

Secebis kasih yang telah kau beri


Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan


Oh sakitnya hati ini


Jika kau tak mampu memberi ku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku


3.

Harris Baba - Parah

Aida baru tahu yang Harris Baba ni, anak didik Faizal Tahir rupanyaaaa! Patut la rentak muzik macam kenal je.. ngeeee. :D Lagi kalau korang dengar  dia nyanyi lagu ni.. Aida ingatkan Faizal Tahir yang nyanyi... rupanya Harris Baba yang nyanyi. suara hampir sama bila dia tarik suara. 
Lirik Lagu Hariss Baba - Parah
Jauh dan berliku jalan ku lalui
Tetapku tegar kemudi mencari teduh kasihmu
Jauh terus jauh kau pergi dariku  
Tegarku tetapku pertahan semua terindah

Beribu halangan menempuh dugaan
Tetap aku bertahan


Lalalalalala hooo..
Harus sampai bila


Lalalalalala hooo..
Kau hancurkan semua


Kerna kau tahu ku terluka
Parah parah parah
Parah hatiku


Hampir makin hampir diriku denganmu
Semakin semakin engkau menjauh dariku

Beribu halangan menempuh dugaan
Tetap aku bertahan


Lalalalalala hooo
Harus sampai bila


Lalalalalala hooo
Kau hancurkan semua


Kerna kau tahu ku terluka
Parah parah parah parah

Walau aku jauh darimu


Ku kan selalu mencintakanmu
Biar beribu dugaanku
Tetap aku bertahan


Lalalalalala hooo
Harus sampai bila


Lalalalalala hooo
Kau hancurkan semua

Kerna kau tahu ku terluka
Parah parah parah


Harus sampai bila
Kau hancurkan semua


Parah parah parah
Parah hatiku
  

4.
Lirik Lagu Siti Nordiana - Terus Mencintai

 Oh Kasihku takkan hilang
Bila Kau ingat kepadaku
Oh Cintaku tak akan pudar
Bila Kau selalu disampingku


Rasa Rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku...  terus menangis


Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Rasa Rinduku melayang layang
Mengingatkan engkau seorang
 
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis


Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan


Sungguh... Sungguh ku tak bisa
Menahan Besarnya rinduku padamu
Sungguh... Sungguh ku tak bisa
Memaksa Dirimu mencintaiku


Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan


Tak Bisa seluas lautan
  

Dan last sekali.. Lagu yang kelima!

Siti Nordiana ft Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Buat pertama kalinya gadingan mereka berdua dalam menyanyikan lagu Nisan Cinta. Untuk pengetahuan korang, lagu ni adalah lagu Ost drama yang bakal ditayangkan pada 25 Julai 2017 (Isnin - Jumaat), 6.00 petang Astro Prima Dan Astro Maya HD. Tak sabaq nak tengok nanti.. ;)

Lirk Lagu Siti Nordiana ft Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya


Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda
Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda
Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya
                                                                          Cinta kita


Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
                                                               Terwujudnya nisan cinta

                                                                          Cinta Kita
                                                                         Selamanya


Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


Okay Bye!

-Aida Azryn-

Sunday, July 2, 2017

Disebalik lirik Sabar- Ismail Izzani

ASSALAMUALAIKUM
 
Sekarang ni banyak artis penyanyi baru muda yang baru meningkat naik, macam Suffian Suhaimi, Haqiem Rusli, Tajul, Aiman Tino, Khai Bahar dan Ismail Izzani.
 
Tapi lagu yang aida tertarik adalah lagu daripada Ismail Izzani. Liriknya tu haaaa.. Cuba korang hayati lirik lagu tu..
 
Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Mungkin Kau tak pernah sedar
Bukalah Mata dan dengar
Dengarkan Lagu ku
Ku Cuba untuk lepaskan
Luahan Hati ini
Ku Disakiti
Namun Jua kau sedar
Kau Tersakiti

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Now I’m all alone in the dark
Why Should i lose you when i needed you the most
The Best is the best, the past is the worst
Just Let it go, just let it go, no

Why Is it hard for you to see
When Everything i’ve done is for you and me
Ku Disakiti
Namun Jua kau sedar
Kau Tersakiti

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Jangan Pedulikan
Teruskan Berjalan
Biar Waktu pisahkan kita
Walau Bukan selamanya

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah Pada Yang Esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah Pada Yang Esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

 
Biarpun banyak dugaan  yang kita terima, kita kena ingat... Allah uji, Allah sayangkan kita. Jadi sentiasa dekatkan diri dengan Allah S.W.T.  Banyakkan berdoa dan sabar.. InsyaAllah pasti kita akan dapat kemanisannya.. :) 



Ok bye!

-Aida Azryn-

Tq Reader! ;)

ASSALAMUALAIKUM

Esok last cuti raya.. Hari selasa dah start kerja balik dah. alaaaa... cepatnya masa berlalu! Anyway, terima kasih silent reader yang sudi baca blog aida yang tak seberapa ni.  ;)

Tujuannya masih yang sama seperti dulu.. Nak abadikan kenangan..  aktiviti apa yang aida buat, pengalaman, perkara yang best untuk dikongsi  dan etc...  Gituuu.  >______<"




TQ READER! I LOVE YOU! :D



Ok bye!


-Aida Azryn-

Saturday, July 1, 2017

Emcee Mesyuarat Agong Kelab Sukan

ASSALAMUALAIKUM

Yeay! Entri kedua untuk hari ni.  Cerita pasal emcee. Aida kena jadi emcee untuk mesyuarat  agong kelab sukan, tak salah aida bulan 4 ritu. haaa..  Neves sikit la. Nak kena sedia teks ucapan lagi.. Dah la ni kali pertama aida jadi emcee. adeh..


                Well, alhamdulillah.. Mesyuarat Agong Kelab Sukan berjalan dengan lancar. ;")


Bagus juga bila diberi peluang jadi sebagai emcee ni. At least ada juga pengalaman jadi emcee.. Lepas ni takde la neves sangat dah kalau kena jadi emcee lagi. ecehhhh.   >____<"


Ok Bye!


-Aida Azryn-

Hari Raya

ASSALAMUALAIKUM

Dah masuk seminggu dah.. Dan.. aida masih mood cuti. ngeh3. Cuti sampai hari isnin. Nak cerita pasal raya je ni haaa. :D Well, tahun ni seperti biasa la.. Sambut raya sederhana je. Raya pertama, ziarah kubur Tok Wan di Sempering, Perlis dan kubur Mak Tok di Kaki Bukit, Perlis. 

Lepas tu, tunggu abang-abang aida balik.. Bawak anak bini depa sama. haaa.. Kiranya time tengahari tu sibuk sediakan kuih raya, buat air siap-siap untuk tetamu. Takde la kalut sangat bila tetamu datang.. Lepas tu, tolong my mum masak. Menu untuk keluarga pula, tahun ni special sikit.. Biasanya masak menu nasi tomato, ayam masak merah, kerabu timun dan daging masak kicap. Tahun ni, ayam masak merah tak buat.. Tukar sikit menu ayam masak ros pulak. hihi. Saja la tukar menu pulak.. ;D

Habis je masak, tunggu abang2 aida balik.. Makan-makan dulu. Lepas tu sesi bersalaman dengan abah dan mama. Saudara-mara pun ada datang rumah...  Diorang datang dalam pukul 5 petang.  berkumpul ramai-ramai dan... macam biasa la sesi tangkap gambar !

Kalau tahun lepas, tema baju raya warna turqoise.. tahun ni warna merah!

Masuk raya kedua, baru la nak keluar dengan family  pi rumah saudara mara pulak..  kat perlis jugak. haha. tak jauh mana pun. :D

Masuk raya ketiga, tak pergi mana. stay kat rumah je pun.. Lepak sambil makan kuih raya my mum. haha! Yang paling best banyak drama raya yang best boleh layan. sampai tak terlayan! haha. 

Ada cerita sedih ni. huhu. Malam tu pulak, aida keluar pi makan.. Elok balik je rumah.. baru sedar handphone hilang! Habis cari satu rumah.. tak jumpa pun hp aida! Lepas tu ajak abang aida teman pi cari tempat kedai makan tu pun, orang tu kata tak ada. T_T Dalam kereta pun dah check banyak kali. Takde jugakkk.. 

Esok awal pagi tu, cari lagi sekali kat dalam rumah dan dalam kereta.. Memang sah! Hp aida memang hilang, Tercicir kat mana tak tahu la. Time tu jugak la keluar, terpaksa beli hp lain.. Lepas tu kena pi Digi Centre, minta dia block no hp aida yang hilang tu. 

Apa boleh buat kan? Dah benda nak jadi dah.. hmm.. Dugaan time raya.

Raya kelima,  sambung beraya lagi.. Kali ni beraya di rumah saudara-mara kat Alor Setar pula. Semalam? tak pergi mana dah.. Dok kat rumah je... Sambung layan drama raya. :p Malam semalam, abang ngah datang rumah bawa anak saudara sama, ajak aida dengan parent  aida celebrate birthday my mum kat luar. Sebenarnya birthday my mum 14 jun, kena pulak time puasa kan.. Abang aida pulak tak boleh balik time tu...

Petang ni kot insyaAllah sambung beraya  kat rumah Tok Ndak..
 

So, itu je la sambutan raya aida tahun ni haaa.. 


 Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Dan Batin.

Ok bye!

-Aida Azryn-

Friday, June 30, 2017

All Nighter Spray Urban Decay

ASSALAMUALAIKUM

Sambungan entri yang lepas.. Ada satu lagi barang yang aida beli tak share kat sini.. Nak tahu apa? ;)



Long Lasting Makeup Setting Spray ni untuk kegunaan selepas kita selesai mekap.. So untuk kekalkan mekap kita ni still helokkk, kita gunakan spray ni. Dah banyak kali guna dah spray ni. Result? Mekap aida still okay.. Tahan lama. haaaa. ;)

Beli kat Sephora online! Lepas tu dapat free sample foundation brand sephora tu.. dapat 2 sample,  foundation soft beige dan petal. Yang bestnya bila korang daftar jadi ahli/membership sephora online, sesambil korang shopping barang mekap.. korang boleh kumpul point.  Dan point tu, korang boleh tebus barang mekap!

Macam aida, tolak 100 point itu hari.. Dapat mini Lip Paint Rose jenama Tarte. Lawa warna lip tu, warna light2 giteeewww..


Time ni, aida pakai lip paint tu.. Nice kan?  warna tak terang..  Plus tahan lama..  ;)


Okay bye!


-Aida Azryn-

Monday, June 12, 2017

Vacci Luxe Collection Twin Cake (Mineral Make up) @ Hasaegee

ASSALAMUALAIKUM

Second produk yang aida order itu hari adalah daripada online shop Hansaegee. Sesiapa yang sukakan mekap yang natural, korang boleh shopping di Hansaegee online. yeay! Produk daripada korea uolss! <3

Kat online shop hansaegee, ada jual makup base, foundation, loose powder, compact powder, lipstick, cc cream dan macam-macam lagi la!  Tapi yang aida order itu hari, aida beli compact powder.


Beli compact powder ni, dapat free sponge extra 1. Plus dapat cat pen daripada Hansaegee.. Siap dapat kupon diskaun lagi! haaa.. Tq Hansaegee! Suka pen kucing tuuu.. hihi.

Cantik kan bekas bedak compact? ;)  Bestnya bedak ni sebab tak macam sesetangah bedak yang lain.. Bila ditempek kat muka, rasa macam tebal kat muka. putih melepak kau.. adeh. Beza pula dengan bedak ni, bila dipakai.. Nampak natural gitchewww.. :D

Bedak ni mengandungi SPF 30 PA++ dan mineral oil untuk bagi kulit muka kita lembut dan sihat. :)

Time ni, aida pakai bedak compact daripada Hansaegee.


Sekarang tengah sale raya! Apa tunggu lagi? Pi la beli cepat..  ;)


Okay bye!


-Aida Azryn-

Saturday, June 10, 2017

Retro Matte Liquid Lipcolour MAC

ASSALAMUALAIKUM

Bulan lepas aida ada order 3 barang dari 3 online shop yang berbeza.  :D Tapi untuk hari ni cuma nak kongsi pasal salah satu jenama barang mekap yang terkenal  iaitu  jenama MAC. 

Fyi, ini kali pertama aida beli barang mekap jenama MAC. haha.  >_<  Kat Perlis memang sah-sah la takde kedai MAC ni.. kalau nak beli terus pun, kena pi penang..  Tapi macam membazir duit pula kalau pi sana.. Mana dengan kos duit minyak kereta lagi + tol lagi kan? So, baik order online je senang..  

 Kotak besar... tapi barang dalam tu kecik je.  :p


Usually aida order online kat mana-mana online shop, paling cepat 3 hari.. Tak sangka pula, aida dapat barang mekap dari MAC dalam masa 2 hari ja! 2 barang lagi aida dapat hari ketiga.. Cepat betul depa hantaq! <3.<3


Retro Matte Liquid Lipcolour - Kod:Tailored To Tease

Ini koleksi terbaru daripada MAC! 
Warna dia pink nak ke purple gituuu.  Tq MAC sebab bagi free sample makeup remover! 
Sebenarnya  nak rasmi masa raya nanti, tapi terpakai 2 kali dah baru-baru ni. haha. Tak sabau nau! :p

 Nice kan warna ni? <3.<3 

Bayangkan la, lepas aida makan ais kacang pun.. Lipstick matte masih stay macam tu je.. aiyoooo! jatuh cinta terus dengan lipstik matte daripada MAC ni.. ;")


SMS: Lipstik aida yang ada sekarang ni pun banyak yang jenis matte. >_<

Tata!

Sunday, May 14, 2017

Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah

ASSALAMUALAIKUM

Entri yang kedua untuk hari ni. Semangat nau update haaa. haha. 

Saja la nak kongsi dengan korang dua drama yang masih ditayangkan kat tv. Dua drama yang buat aida rasa nak sangat tengok Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah.


Sebab?


Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ni best, lagi-lagi sebab Alif Satar berlakon. Suka tengok lakonan dia. Since dia berlakon drama sebelum ni, drama Dia Semanis Honey.. Gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. Alahai sweet sangat diorang dalam drama tu. >_<"  Okay stop pasal drama yang dah lama habis episod. haha.


Al maklum la.. aida ni memang suka layan drama sweet2 ni. hihihi..  Tapi beza pulak dengan drama Di Sebalik Wajah, lakonan  Alif Aziz dan Diana Danielle. Drama misteri ni bestnya sebab setiap episod kita tertanya-tanya siapa Nadia (Lakonan Diana Dianelle) yang sebenarnya..  Apa kaitan Nadia dengan Ellysa? Sebab Nadia selalu nampak 'bayangan' Ellysa (lakonan Zarina Zainoordin) tu dengan Red (lakonan Hefny Sahad). Bila ingatan dia akan kembali pulih? Apa yang suami dia sembunyikan rahsia daripada dia?

Dia koma selepas kemalangan ngeri. Selepas dia sedar.. Dia tak ingat siapa diri dia.. Tambah pula, sampaikan sikap dia pun berubah... Tak sama macam sebelum dia kemalangan tu berlaku.
 
Haaa.. esok ada la sambungan episod 5. Pukul 9.00 malam kat hypptv.. Lepas tu, pukul 10 malam boleh sambung tengok drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati di Astro Ria. :D
 
 
 
 Dah tu je nak cerita. hihi. >_<" 

Sekian..

-Aida Azryn-

Beg Pink.

ASSALAMUALAIKUM


Beg warna pink gituuuu. Comel kan? ;P

Cuba teka ada apa dalam tu? :D





Jap!

-






-





-





Tadddaaaa! berus mekap...


Beli berus mekap ni tahun lepas.. Beli kat hermo online. 

Ada 1 bahagian je aida buang. Berus/sikat kening tu aida buang sebab baru tahu yang berus kening tu, daripada bulu B*B*.  T______T

Pasal kat info kat online hermo tu... Ada bagitahu la, jenis bulu berus mekap ni. Cuma yang bulu berus kening tu je tak bagitahu bulu daripada apa. Tak fikir panjang, then terus order. Ingat semua okay la. Lepas beli tu,  sibuk pulak nak cari info kat internet. Sebab tak puas hati kenapa berus tu je tak bagitahu jenis bulu apa.. Padahal dah beli dah haaa.. haha. Adeh!

Cari punya cari brand berus ni.. Nasib baik la jumpa, jenis bulu untuk berus kening tu daripada berus B*B*.
 Terus buang... haaa..

Nasib baik la satu berus tu je. huhu. >________<"

Kesimpulannya, sebelum beli tu... check habis2 semua.. Bila dah puas hati tu.. Baru la beli! Ni pengajaran la untuk diri sendiri. huuuu..


SMS: Selamat Hari Ibu! ;)

  Sekian!

-Aida Azryn-

Monday, April 24, 2017

Game Walking Dead

ASSALAMUALAIKUM

<---- Sejenis suka main game. haha. So dah nama tajuk entri kali ni pun pasal game kan.. Of course la aida share game yang aida suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa! :D

Korang Pernah main game walking dead tak? Kat handphone boleh je kalau nak download... Tapi tak semua season yang boleh main. huhu. Hp aida tak support. Sodih den!

Picture From Google

Yang ni First season boleh la main kat hp aida.  Watak utama yang lelaki tu, nama dia Lee. Watak kita la tu. :D

Picture From Google
 Yang ni Season 2. Best jugak..  Watak utama yang perempuan tu la, nama dia Clementine.


Ending game ni based kepada pilihan kita sendiri!

Korang yang kaki game, boleh try main game ni. Sebab boleh tahan mencabar gak game ni. hihi.  Kena hadap zombie lagi. aaaaaa... Takut!   >____<


Dan sekarang, dah release game Walking Dead season 3

Picture From Google
Game ni la yang aida tak dapat download sebab tak support dengan hp aida. huaaaaaaaa.. :(


Game ni ada episod tau! Kalau tak silap aida, satu episod je kot boleh main free. Lepas tu kena bayar.. haha. Kalau nak beli semua episod, lebih kurang RM50-60 camtu la. 

Dah minat game kan? apa ada hal. :p


 bye!

-Aida Azryn-

Sunday, April 23, 2017

Langkawi!

ASSALAMUALAIKUM

Hai! Tetiba rasa rindu nak berblogging balik. :D Hari ni nak kongsi cerita pasal aida dan parent aida pi Langkawi tahun lepas. haha. :D



First time aida pi Langkawi sebelum ni pun pasal ada Bengkel Format A kat Hotel  Langkasuka, Langkawi. Masa tu pun sempat pi Haji Ismail Group dan   Idaman Suri ja.  >____<

So, tahun lepas dalam bulan 10.. aida plan bawa parent pi bercuti di Langkawi..  Siap buat check list sekali, tempat mana yang aida nak pi. haha. gigih kan! :p Sebelum nak pi tu, dok bilang hari ja nak pi Langkawi tu. Tak sabar nau. kihkih!

Hari pertama, sampai ja kat Langkawi.. Sewa kereta duluuuuu.. Nak sewa kereta viva auto, tapi ada orang dah amik. So, terpaksa la sewa kereta Nissan Almera. Adeh.  Dok biasa bawa kereta kecil, ni nak kena bawa kereta besar, macam ketaq sikit. haha.  K. Mengada kan? Lol!



So, untuk hari pertama.. Tempat-tempat yang dituju:-

1. Langkawi fair shopping mall done!
2. Kota dan Makam mahsuri done!
3. Kompleks HGI done!
4. Snap gambar kat burung helang done!

Yang no. 4 tu, ofkos la kan.. sebab dekat je dengan jeti langkawi. Ofkos tempat tu dulu yang dituju. hehe.

Hari kedua, Tempat-tempat yang dituju:-

1. Skycab done!
2. Underwater world done!
3. Telaga air hangat done!
4. Cenang mall done!
5. Pantai cenang **makan abc kelapa sedap!!!
SkyCab



 Undewater World


 
:P

 Ais Kacang @ Pantai Cenang



@ Pantai Cenang



Air Telaga Hangat


Itu je la tempat yang dituju...  3 hari  2 malam je pun. Okay la kan.. Janji dapat la release tension, rehatkan otak kat sana. >____<


Bye!


-Aida Azryn-