Saturday, June 10, 2017

Retro Matte Liquid Lipcolour MAC

ASSALAMUALAIKUM

Bulan lepas aida ada order 3 barang dari 3 online shop yang berbeza.  :D Tapi untuk hari ni cuma nak kongsi pasal salah satu jenama barang mekap yang terkenal  iaitu  jenama MAC. 

Fyi, ini kali pertama aida beli barang mekap jenama MAC. haha.  >_<  Kat Perlis memang sah-sah la takde kedai MAC ni.. kalau nak beli terus pun, kena pi penang..  Tapi macam membazir duit pula kalau pi sana.. Mana dengan kos duit minyak kereta lagi + tol lagi kan? So, baik order online je senang..  

 Kotak besar... tapi barang dalam tu kecik je.  :p


Usually aida order online kat mana-mana online shop, paling cepat 3 hari.. Tak sangka pula, aida dapat barang mekap dari MAC dalam masa 2 hari ja! 2 barang lagi aida dapat hari ketiga.. Cepat betul depa hantaq! <3.<3


Retro Matte Liquid Lipcolour - Kod:Tailored To Tease

Ini koleksi terbaru daripada MAC! 
Warna dia pink nak ke purple gituuu.  Tq MAC sebab bagi free sample makeup remover! 
Sebenarnya  nak rasmi masa raya nanti, tapi terpakai 2 kali dah baru-baru ni. haha. Tak sabau nau! :p

 Nice kan warna ni? <3.<3 

Bayangkan la, lepas aida makan ais kacang pun.. Lipstick matte masih stay macam tu je.. aiyoooo! jatuh cinta terus dengan lipstik matte daripada MAC ni.. ;")


SMS: Lipstik aida yang ada sekarang ni pun banyak yang jenis matte. >_<

Tata!

No comments: