Saturday, July 22, 2017

Kursus @ Terengganu

ASSALAMUALAIKUM

Aida ada kursus hari Isnin sampai hari Khamis baru-baru ni. So bertolak hari ahad dalam pukul 9 pagi.. sampai kat PLPP Wilayah Timur Besut, Terengganu dalam pukul 5.00 petang. Penginapan disediakan cuma makan je la.. hari pertama tu, kena pandai-pandai la pi keluaq cari kedai makan kat luar.

Makan kat situ, diorang cuma sediakan bermula hari Isnin sampai hari Khamis je haa.. Tidur kat asrama sana je.  Kursus kali ni mengenai kursus GPS dan GIS. Hari Selasa tu, ada  la Hands On GPS kat luar.  Dapat la kenal dengan rakan baru dari Terengganu, Pahang, Perak.. 

Puan Ayu , Me, Encik Ahmad Dan Encik Idris
 Hands On GPS, Kumpulan 8. ;)


Habis kelas dalam pukul 4.30 petang hari selasa tu, dalam pukul 5 petang aida dengan  kawan keluar..  Dinner kat Wakaf Che Yeh, Kelantan. Gigih ye, cari makan kat kelantan..  :P  Bedal Tom Yam, Daging Masak Merah dan Telur Dadar. Lepas tu ada la rasa sikit sup ekor dan belut.  First time cuba ye makan sup belut! haha. >_<"

Last day, kena bentang mengenai yang kitorang buat masa hands on tu. Alhamdulillah semua selesai. Aida bertolak balik hari Khamis dalam pukul 1.30 tengahari. Dalam  perjalanan balik, aida singgah kat satu kedai  keropok. Beli keropok ikan, keropok losong.. 

 Bos aida kata, dia suruh try beli dodol ni. Yup, isi dalam daun buluh ni ada dodol ye. Sedap! Haih.. Silap tak beli 3 bungkus bawa balik. haha.   Satu bungkus harganya RM2 sahaja.


Okay bye!

-Aida Azryn-



No comments: